Seminar Keselamatan Makanan 1/2017 | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Seminar Keselamatan Makanan 1/2017

Seminar Keselamatan Makanan 1/2017

5 Mei 2017, Serdang - Seminar Keselamatan Makanan 1/2017 telah berlangsung di Bilik Kuliah 5, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia dengan kehadiran seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar siswazah. Seminar ini adalah anjuran bersama Makmal Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan (FOSFI), Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFOS) dengan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia.

Tiga orang penyelidik FOSFI telah berkongsi maklumat tentang hasil penyelidikan masing-masing iaitu:

Penyelidik 1: Prof. Dr. Jinap Selamat – Formation and reduction of heterocyclic amines in meat

Penyelidik 2: Dr. Noor Azira Abdul Mutalib – Microbial community analysis of restaurant’s cutting boards using pyrosequencing technique

Penyelidik 3: Puan Noordiana Nordin – Rapid detection of Vibrio parahaemolyticus by a portable DNA-based biosensor

Seminar ini berjaya menarik minat dan perhatian para hadirin yang datang apabila pelbagai soalan diajukan kepada para penyelidik pada sesi soal-jawab. Ini jelas membuktikan bahawa seminar seumpama ini mampu meningkatkan pengetahuan para hadirin tentang isu-isu berkaitan keselamatan makanan. Bagi yang tidak berkesempatan hadir pada seminar kali ini, dijemput hadir untuk siri Seminar Keselamatan Makanan yang seterusnya. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan.

Tarikh Input: 08/05/2017 | Kemaskini: 08/05/2017 | noordiana

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeFAg~