Seminar “Pembangunan Mampan Dalam Pertanian Dan Perhutanan” Bersama Institut Pengajian Tinggi Sains Dan Teknologi (IHEST), Perancis | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Seminar “Pembangunan Mampan dalam Pertanian dan Perhutanan” bersama Institut Pengajian Tinggi Sains dan Teknologi (IHEST), Perancis

Seminar “Pembangunan Mampan dalam Pertanian dan Perhutanan” bersama Institut Pengajian Tinggi Sains dan Teknologi (IHEST), Perancis

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Perhubungan Industri & Komuniti),  Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), dan Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan telah mengadakan seminar bertajuk ; Pembangunan Mampan dalam Pertanian dan Perhutanan bersama Institut Pengajian Tinggi Sains dan Teknologi (IHEST), Perancis pada 14 Februari 2019 bertempat di Bangunan TNCPI UPM. Sejumlah 42 perwakilan Perancis menghadiri seminar tersebut. Seminar ini bersempena dengan kajian kes antarabangsa mereka selama seminggu di Singapura dan Malaysia dan merupakan sebahagian daripada Kursus Latihan Kebangsaan mereka yang bertajuk "NonKnowledge, the Mother of Invention”. Objektif lawatan ini adalah untukmelihat pilihan yang dibuat dari segi penyelidikan, pendidikan tinggi, inovasi dan pembangunan, membandingkan sistem dan meletakkannya ke perspektif dari segi isu-isu global; dan juga untuk memahami model pembangunan dalam peralihan pembangunan ekonomi Malaysia yang unik. UPM sebagai warisan pengetahuan dan peneraju dalam bidang pertanian menyumbang kepada tumpuan utama lawatan mereka di Malaysia dalam membincangkan isu mengenai pertanian dan kehutanan lestari. Seminar ini memberi tumpuan kepada pembangunan, pencapaian dan cabaran industri kelapa sawit Malaysia. Prof Dr Zulkifli Idrus, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) membentangkan pencapaian UPM dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Satu topik mengenai “Geopolitik Perhutanan, Agribisnes dan Sekuriti Makanan” telah dibentangkan oleh Dr Jean Marc Roda manakala Dr Marcel Djama membentangkan topik “Pencapaian dan Cabaran Minyak Kelapa Sawit: Perspektif dari Malaysia”. Seminar ini merupakan peluang kepada perwakilan Perancis untuk berkongsi dan membincangkan dengan penyelidik UPM mengenai isu ketegangan antara negara-negara Eropah dalam pembangunan kelapa sawit. Selepas seminar, semua perwakilan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melawat institut yang terlibat. Pihak IHEST berpeluang melawat dan berinteraksi dengan pelajar dan penyelidik yang terlibat dalam pelbagai penyelidikan yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Haiwan dan Field 15 Glasshouse, yang berada di bawah Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 11/09/2019 | Kemaskini: 11/09/2019 | s_kumari

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeEAV~