Syarahan Awam 1/2017: ‘Mycotoxins, Food Security And Climate Change: Do We Know Enough?' | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Syarahan Awam 1/2017: ‘Mycotoxins, Food Security and Climate Change: Do we know enough?'

Syarahan Awam 1/2017: ‘Mycotoxins, Food Security and Climate Change: Do we know enough?'

17 Januari, 2017, Serdang – Syarahan Awam 1/2017 bertajuk ‘Mycotoxins, Food Security and Climate Change: Do we know enough?' telah diadakan pada 17 Januari 2017 di Auditorium Mini, Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (White House), Universiti Putra Malaysia. Laboratori Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan (FOSFI), Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) telah menjemput Prof. Dr. Naresh Magan dari Cranfield Soil and Agrifood Institute, Cranfield University, United Kingdom sebagai penceramah. Beliau telah menyampaikan ceramahnya mengenai kesan perubahan iklim terhadap kerosakan tanaman, penyakit dan pencemaran mikotoksin yang memberi kesan kepada bekalan makanan, kualiti dan kelestarian di seluruh dunia. Perbincangan ini mengetengahkan isu semasa dan arah penyelidikan mikotoksin dalam keselamatan dan sekuriti makanan. Kesan perubahan iklim terhadap perkembangan fitopatogen kulat juga turut dibincangkan.  

Tarikh Input: 24/08/2017 | Kemaskini: 24/08/2017 | noordiana

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeHAS~