Syarahan Awam 2018: 'Modern Analytical Tools To Tackle An Old Problem: Mycotoxins In Food And Feed' | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Syarahan Awam 2018: 'Modern Analytical Tools to Tackle an Old Problem: Mycotoxins in Food and Feed'

Syarahan Awam 2018: 'Modern Analytical Tools to Tackle an Old Problem: Mycotoxins in Food and Feed'

30 Julai, 2018, Serdang – Syarahan Awam 2018 bertajuk ‘Modern Analytical Tools to Tackle an Old Problem: Mycotoxins in Food and Feed' telah diadakan pada 30 Julai 2018 di Bilik Kuliah 5, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini dianjurkan oleh Laboratori Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan (FOSFI), Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), UPM dengan kerjasama Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM. Penceramah jemputan adalah Prof. Madya Dr. Franz Berthiller daripada University of Natural Resources and Life Sciences, Vienna, Austria (BOKU). Beliau merupakan pakar dalam liquid chromatography coupled to mass spectrometry dan bidang penyelidikan utama beliau ialah pengesanan metabolit kulat novel serta penentuan mikotoksin. Dr Franz telah berkongsi pengalaman dan pengetahuannya yang luas dalam mikotoksin dan kesan buruknya termasuk suppression daya tahan tubuh, estrogenisiti, nefrotoksisiti, hepatotoksisiti dan kanserogenisiti. Beliau telah menekankan bahawa sejak penemuan aflatoksin pada tahun 1960, kaedah analisis untuk menentukan kehadiran toksin ini dalam makanan telah berkembang dan kromatografi cecair dipadankan dengan spektrometri jisim ataupun liquid chromatography coupled to (tandem) mass spectrometry (LCMS) banyak digunakan dalam pengesanan dan kuantifikasi bahan pencemar makanan ini. Syarahan ini telah menyerlahkan perkembangan terkini dalam kaedah LCMS untuk menentukan mikotoksin.

 

Tarikh Input: 12/09/2018 | Kemaskini: 18/09/2018 | noordiana

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeCAU~