Syarahan Awam 2/2017: ‘Integrated And Ultrasensitive Biosensor For Food And Environmental Applications' | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Syarahan Awam 2/2017: ‘Integrated and Ultrasensitive Biosensor for Food and Environmental Applications'

Syarahan Awam 2/2017: ‘Integrated and Ultrasensitive Biosensor for Food and Environmental Applications'

7 Ogos, 2017, Serdang – Syarahan Awam 2/2017 bertajuk ‘Integrated and Ultrasensitive Biosensor for Food and Environmental Applications' telah diadakan pada 7 Ogos 2017 di Dewan Kuliah 1, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Makmal Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan (FOSFI), Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) telah menjemput Prof. Dr. Mohammed Zourob dari Jabatan Kimia, Universiti Alfaisal, Riyadh, Arab Saudi sebagai penceramah. Beliau telah menyampaikan ceramahnya mengenai cabaran untuk pembinaan biopenderia pada masa kini yang perlu mengatasi masalah yang timbul apabila menggunakan sampel sebenar, had pengesanan yang lemah, masa analisis yang panjang, dan penggunaan langkah dan cecair penulenan yang tidak sesuai untuk aplikasi di lapangan. Satu lagi cabaran ialah untuk menghasilkan reseptor penderiaan yang stabil dan khusus untuk dipadankan dengan peranti fungsian. Syarahan ini menekankan perkembangan terkini untuk mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelbagai jenis analisis berkaitan makanan dan alam sekitar. Beliau telah berkongsi pengalamannya yang luas dalam membangunkan pelbagai penderiaan optik, elektrokimia, dan pengimejan bewarna dan mengintegrasikannya dengan pelbagai reseptor semulajadi dan sintetik.

PL 2

Tarikh Input: 24/08/2017 | Kemaskini: 24/08/2017 | noordiana

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeCAv~