Syarahan Awam 3/2017: ‘Challenges In Food Sustainability' | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Syarahan Awam 3/2017: ‘Challenges in Food Sustainability'

Syarahan Awam 3/2017: ‘Challenges in Food Sustainability'

12 September, 2017, Serdang – Syarahan Awam 3/2017 bertajuk ‘Challenges in Food Sustainability' telah diadakan pada 12 September 2017 di Bilik Mesyuarat, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), Universiti Putra Malaysia. Makmal Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan (FOSFI), ITAFoS telah menjemput Penolong Profesor Dr. Weerawate Utto dari Universiti Ubon Ratchathani, Thailand dan Dr. Belal Muhialdin dari Universiti Putra Malaysia untuk menyampaikan ceramah mereka. Dr. Weerawate berkongsi tentang perkembangan terkini dan perspektif untuk memanjangkan jangka hayat produk hortikultur melalui active modified atmosphere packaging yang menggunakan teknik pelepasan pemeruapan gas yang terkawal. Inti ceramahnya memberi tumpuan kepada pembangunan penyelidikan sachet yang membebaskan etanol pada kadar masa yang terkawal untuk memanjangkan jangka hayat buah-buahan segar. Teknologi ini diharap dapat digunakan untuk terus mengekalkan jangka hayat produk hortikultur. Dr. Belal pula menyampaikan topik berkaitan cabaran keselamatan makanan iaitu isu-isu mikotoksin. Isu mikotoksin tidak begitu diketahui oleh pengguna dan toksiknya boleh menyebabkan kesan kesihatan kronik dalam jangka panjang serta ancamannya terhadap manusia.

Tarikh Input: 29/09/2017 | Kemaskini: 29/09/2017 | noordiana

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeCAW~