Syarahan Awam Searca Profesional Chair & Kolokium LRGS Padi Kali Ke-2 | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Syarahan Awam Searca Profesional Chair & Kolokium LRGS Padi Kali ke-2

Syarahan Awam Searca Profesional Chair & Kolokium LRGS Padi Kali ke-2


Serdang, 22 April - Laboratori Tanaman Makanan, Institut Pertanian Tropika (ITA) telah menganjurkan Kolokium LRGS kali kedua - Keselamatan Makanan, bertempat di Auditorium Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan, UPM. Kolokium ini bertujuan memberi maklumat terkini projek penyelidikan LRGS serta menunjukkan hasil-hasil penyelidikan yang telah dihasilkan. Program ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pertanian, Yg.Bhg. Prof. Dr. Shukor Juraimi ketika berucap dalam ucapan pembukaan.

 

Hadir sama dalam program ini ialah Pengarah ITA, Prof. Dr. Zulkifli Idrus, dan Ketua Program LRGS, Prof. Dr. Mohd Razi Ismail, selain ketua-ketua projek yang terlibat dalam Geran LRGS tersebut. Kolokium ini dimulakan dengan Syarahan Awam SEARCA Profesional Chair oleh Prof. Dr. Mohd Razi Ismail. Dalam syarahannya, beliau menekankan keperluan penyelidikan bagi membangunkan ketahanan diri tumbuhan kepada penyesuaian tekanan persekitaran seperti kemarau, banjir dan penyakit.

Pendekatan poliamine (polyamines) dalam mekanisme tahan terhadap kemarau boleh membantu tumbuhan mengekalkan produktiviti hasil. Selain itu, pembajaan Kalium (P) juga boleh membantu tumbuhan terhadap kemarau.

 

Setiap ketua projek juga telah memberikan maklumat terkini berkenaan dengan projek yang terlibat dalam geran LRGS. Antaranya Prof. Dr. Shamshuddin Jusop mewakili Projek 2 (Tanah), Prof. Dr. Wickneswari Ratnam (Projek 3 - Genetik) dan Datin Paduka Prof. Dr. Fatimah Mohamed Arshad (Ekonomi).

Tarikh Input: | Kemaskini: | mohdhusni

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeDAi~