Tahniah Kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Tahniah Kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012

Tahniah Kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012


Serdang, 21 Ogos - Seramai lima orang staf Institut Pertanian Tropika (ITA) telah diberi pengiktirafan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 pada Majlis Gemilang Putra 2013 yang berlangsung di Pusat Kesenian dan Kebudayaan Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSAAS), hari ini. Mereka yang diberi pengiktirafan APC adalah:
 
1. Prof. Madya Dr. Mohd Rafii Yusop (Ketua Laboratori Tanaman Makanan)
2. En. Wan Zaharuddin Wan Abdullah (bekas Penolong Pendaftar ITA)
3. Encik Zainudin Mohd Ali (Penolong Pegawai Sains)
4. Cik Nor Shuhada Mohamad (Pembantu Tadbir)
5. Cik Intan Suraya Abu Bakar (Pembantu Tadbir).

Selain itu, tiga staf ITA yang lain turut diberi anugerah Jasa Putra dan anugerah Setia Putra bagi menghargai jasa dan keringat mereka sepanjang perkhidmatan mereka di UPM. Mereka ialah Prof. Dr. Mohamed Hanafi Musa (Anugerah Bakti Putra), Tuan Haji Zahardin Zulkifli (Anugerah Jasa Putra) dan Puan Nor Rafidah Mohd Yusoff (Anugerah Bakti Putra).

Lima orang Penyelidik Bersekutu turut menerima anugerah APC melalui PTJ masing-masing. Mereka adalah:

1. Prof. Dr. Jinap Selamat
2. Prof. Dr. Abdul Shukor Juraimi
3. Prof. Dr. Loh Teck Chwen
4. Prof. Madya Dr. Maheran Abd Aziz
5. Prof. Madya Dr. Parameswari a/p Namasivayam

Anugerah dan sijil penghargaan disampaikan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Fauzi Hj. Ramlan.

Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga pencapaian anda diteruskan bagi meningkatkan lagi pencapaian ITA pada masa hadapan.

Tarikh Input: | Kemaskini: | mohdhusni

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeCA4~