Webinar Qurban Dan Keselamatan Makanan | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Webinar Qurban dan Keselamatan Makanan

Webinar Qurban dan Keselamatan Makanan

Laboratori Produksi Haiwan Lestari dan Biodiversiti bersama Laboratori Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan, ITAFoS telah menganjurkan Webinar bertajuk: "Qurban dan Keselamatan Makanan” pada 15 Julai 2021. Seminar ini diadakan bersempena dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha 2021. Seramai tiga orang penceramah telah dijemput bagi membentangkan topik-topik yang berkaitan dengan jaminan keselamtan makanan di dalam ibadah korban. Penceramah tersebut adalah Dr. Mohammad Razli Abd Razak, Pengarah Bahagian Regulatory Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya; Prof. Dr. Awis Qurni Sazili, Timbalan Pengrah Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan, UPM dan Dr. Noor Azira Abdul Mutalib, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, UPM. Tujuan webinar ini diadakan untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan dalam isu-isu berkaitan dengan ibadah korban seperti pemilihan ternakan, penyembihan dan penyimpanan daging korban. Seramai lebih kurang 463 orang perserta yang terdiri daripada warga upm, agensi kerajaan seperti jabatan veterinar, MARDI dan orang awam telah menghadiri program tersebut. Melalui program yang diadakan seperti ini adalah diharapknn agar ianya dapat memberi peluang kepada masyarakat khususnya warga UPM bagi mendedahkan kepada mereka tentang kepentingan dan langkah yang perlu diambil perhatian bagi menjamin keselamatan makanan di dalam ibadah korban.

Tarikh Input: 23/08/2021 | Kemaskini: 23/08/2021 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEeCAw~