Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2025 | INSTITUTE OF TROPICAL AGRICULTURE AND FOOD SECURITY (ITAFoS)
» ACTIVITIES » VPD 4999 Final Year Project Learning Outcome Project Planning english

Event Title
Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2025
Date
10 Jun 2025 - 11 Jun 2025
Time
08.00 - 05.00
Location
Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM
Event Summary
PENGENALAN Keterjaminan makanan merupakan satu isu utama di Malaysia. Pelbagai dasar kerajaan seperti Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 telah dilancarkan bagi merealisasikan keterjaminan makanan negara. Salah satu indikator utama bagi menentukan tahap keterjaminan makanan negara ialah ketersediaan bekalan makanan yang dihasilkan dalam negara sendiri.Oleh itu, produktiviti pengeluaran yang lestari dalam pertanian dan hasil makanan perlu ditingkatkan bagi mencapai tahap sara diri. OBJEKTIF Objektif penganjuran Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023 adalah seperti berikut: - Membincangkan isu semasa, cabaran dan hala tuju dasar pertanian dan keterjaminan makanan negara, - Menyediakan platform untuk perkongsian ilmu dan penyelidikan yang berkaitan pertanian dan keterjaminan makanan, - Mengukuhkan kerjasama di antara institusi awam dan swasta, industri serta komuniti pertanian ke arah mencapai pertanian lestari dan kestabilan keterjaminan makanan, dan - Menerokai hasil penyelidikan dan produk agromakanan yang lestari. PROGRAM - Pembentangan oleh pakar agromakanan - Forum industri agromakanan negara - Klinik pakar pertanian - Pameran produk inovasi pertanian UPM, agensi-agensi pertanian dan syarikat swasta, penyelidik dan pelajar Untuk pendaftaran, sila lawati pautan berikut: https://forms.gle/TRm87Jc3VYCoSiPbA

Updated:: 23/04/2025 [mohdhusni]

INSTITUTE OF TROPICAL AGRICULTURE AND FOOD SECURITY (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
Z, (04:35:48pm-04:40:48pm, 02 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]