SOALAN LAZIM | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

PENYELIDIK
1
Apakah faedah yang diperolehi  jika menjalankan penyelidikan di ITAFoS?

Semua penyelidik akan diberi kelebihan menggunakan kemudahan dan peralatan di makmal dengan dibantu oleh staf kami yang profesional.

2
Siapakah penyelidik di ITAFoS?

Pasukan penyelidik kami adalah ahli akademik yang diiktiraf dalam bidang berkaitan tanaman makanan, perladangan serta produksi haiwan.  Para penyelidik juga menerima geran penyelidikan dari pihak yang diperakui, agensi-agensi awam, swasta dan organisasi antarabangsa.

3
Berapakah jumlah makmal penyelidikan serta tempat kajian tanaman (ladang/unit rumah lindungan tumbuhan) yang terdapat di Laboratori Pengeluaran Tanaman Makanan Pintar-Iklim?

Terdapat sebanyak 4 buah makmal penyelidikan dan 3 unit ladang/unit rumah lindungan tumbuhan yang tersedia dengan kelengkapan makmal yang berteknologi tinggi serta struktur ladang/unit rumah lindungan yang menepati ciri-ciri Amalan Pertanian Baik (APB). Mohon rujuk DI SINI


PELAJAR
4
Berapa lamakah tempoh pengajian MSc dan PhD?

Bagi Master, tempoh pengajian adalah 4-6 semester (2-3 tahun) dan bagi PhD, tempoh pengajian adalah 6-10 semester (3-5 tahun).  Untuk maklumat lanjut sila rujuk ke laman www.sgs.upm.edu.my

5
Saya ingin memohon sebagai pelajar siswazah di ITAFoS. Apakah bidang pengajian yang ditawarkan?

Mohon rujuk DI SINI.

6
Saya bukan pelajar ITAFoS. Bolehkah saya menggunakan peralatan di makmal ITAFoS dan bagaimana cara untuk memohon?

Boleh. Sekiranya alatan yang ingin digunakan adalah termasuk dalam kategori alatan sewaan, mohon rujuk https://itafos.upm.edu.my/perkhidmatan-4087 dan perlu mengisi borang Penempahan Fasiliti. Sekiranya alatan tersbut bukan alatan sewaan, mohon berurusan terus dengan Pegawai Yang Bertanggungjawab makmal tersebut.

7
Adakah pihak ITAFoS membenarkan pelajar menggunakan makmal, peralatan dan fasiliti di luar waktu pejabat?

ITAFoS mengamalkan polisi kehadiran staf bagi semua aktiviti melibatkan penggunaan makmal, peralatan, dan fasiliti bagi menjamin keselamatan individu serta kawasan yang digunakan. Justeru, sebarang penggunaan di luar waktu pejabat perlu membuat permohonan dan mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan ITAFoS.

8
Adakah ITAFoS menerima pelajar untuk menjalankan Latihan Industri/ Latihan Praktikum?

ITAFoS bersedia menerima pelajar universiti/kolej untuk menjalani Latihan Industri/ Latihan Praktikum merangkumi mana-mana bidang pengajian seperti yang disenaraikan di bahagian Akademik termasuk bidang biologi, mikrobiologi serta pertanian tepat.

9
Sekiranya saya berminat untuk membuat penyelidikan atau menyambung pengajian berkaitan dengan bidang berkaitan integriti dan keselamatan makanan, dengan siapakah saya perlu rujuk?

Anda boleh rujuk kepada Laboratori Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan.

10
Jika saya mendaftar menjadi pelajar di bawah Laboratori Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan, adakah saya boleh menggunakan fasiliti di makmal lain?

Ya, boleh. Anda cuma perlu berbincang dan memohon dengan pegawai yang bertanggungjawab terhadap makmal tersebut.


LAIN-LAIN
11
Apakah yang ITAFoS tawarkan kepada sektor swasta dan industri?

Selain daripada pasukan penyelidik kami yang mantap, ITAFoS juga menawarkan pelbagai bidang dan perkhidmatan makmal bagi projek-projek R & D dalam sektor berkaitan tanaman makanan, keselamatan dan integriti makanan, serta produksi haiwan.

12
Adakah saya dari pihak luar boleh menghantar sampel bahan ujikaji untuk dianalisa di makmal ITAFoS?

Boleh. Pihak tuan/puan boleh menghubungi Pegawai Yang Bertanggungjawab (PYB) berkaitan, mengikut jenis perkhidmatan yang diperlukan dengan merujuk ke pautan ini https://itafos.upm.edu.my/perkhidmatan-4087

13
Adakah ITAFoS menerima pelawat?

ITAFoS sedia menerima lawatan daripada pelbagai pihak, termasuk sekolah. Walau bagaimanapun untuk mengelakkan gangguan kepada sesi pembelajaran dan penyelidikan di makmal-makmal dan di ladang, pihak kami memohon supaya permohonan lawatan dibuat sekurang-kurangnya TIGA BULAN sebelum tarikh lawatan. Permohonan untuk lawatan perlu diajukan kepada;   Pengarah
Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor       

14
Apakah sejarah penubuhan LKDPM?

Universiti Putra Malaysia telah menubuhkan Pusat Kajian Dasar Pertanian (PKDP) pada tahun 1984 bertujuan untuk memberi sumbangan idea berbentuk cadangan polisi kepada institusi kerajaan dan swasta dalam bidang pertanian. PKDP telah distrukturkan semula pada 1 Jun 2005 dengan identiti baru iaitu Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (IKDPM). Namun begitu, pada 1 Julai 2020, melalui Pelan Transformasi Governan IKDPM telah menjadi satu Laboratori Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (LKDPM) dibawah Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS).

Kemaskini:: 21/09/2022 [mohdhusni]

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXCdTAs~