Program Penyelidikan | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» LABORATORI » Laboratori Kajian Dasar Pertanian dan Makanan » Program Penyelidikan

Program Penyelidikan

Program Penyelidikan

 

Laboratori Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (LKDPM) meneruskan dua program penyelidikan yang telah ditetapkan pada tahun 2011 sebelum penggabungan Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan dengan Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan. Program ini dijadikan landasan dan fokus bagi setiap perkhidmatan yang diberikan oleh LKDPM.

 

PROGRAM 1: EKONOMI PERTANIAN, ALAM SEKITAR DAN SUMBER ASLI 

Penyelidikan di dalam bidang ekonomi pertanian menumpukan kepada tujuh topik utama: pertanian, alam sekitar dan sumber; risiko dan ketidakpastian, penggunaan dan rantaian bekalan makanan; harga dan pendapatan; struktur pasaran; perdagangan dan pembangunan; dan perubahan teknikal dan modal insan. Projek penyelidikan boleh dikaitan dengan kecekapan individu di dalam pengeluaran dan kecekapan individu dan kumpulan di dalam pemasaran, perdagangan antarabangsa atau kebajikan. Penyelidikan di dalam bidang ekonomi pertanian dan sumber pada hari ini digunakan di dalam pelbagai bidang, termasuk sebagai alat bagi menganalisis dasar yang mempunyai pertindihan diantara konvensional mikro dan makro-ekonomi.

 

Penyelaras:

Prof. Dr. Shaufique Fahmi Sidique

 

Ahli:

Prof. Datin Paduka Dr. Fatimah Mohamed Arshad

Dr. Marcel Djama

Dr. Tey Yeong Sheng

Emmy Farha Alias

Suryani Darham

Syahaneem Mohamad Zainalabidin

 

PROGRAM 2: DAYA SAING PRODUK MAKANAN DAN PERTANIAN 

 

Arus globalisasi dan kemajuan teknologi yang pesat telah meningkatkan persaingan di peringkat global secara amnya, dan kemampuan berdaya saing telah dijadikan teras utama kepada pembangunan sesebuah negara sekaligus digunapakai secara meluas oleh negara maju mahupun negara yang sedang membangun. Bagi memperkukuhkan lagi keupayaan daya saing pelbagai sektor di dalam negara, keupayaan ini telah di fokuskan untuk memaksimakan tahap kebajikan penduduk Malaysia secara amnya, dan menggalakkan pelaburan swasta dalam usaha mengkomersilkan sistem pengeluaran makanan supaya menjadi cekap, berproduktiviti tinggi dan berorientasikan pasaran serta memperbanyakkan nilai ditambah secara bersepadu di sepanjang rantaian nilai pengeluaran pertanian disamping berupaya memulihara dan mengguna sumber asli secara lestari. Pelbagai definisi dan tafsiaran erti daya saing yang telah muncul dalam kesusasteraan dewasa ini,dan khususnya kami telah memilih definisi yang ditafsirkan oleh Agriculture Canada (1991), National Competitiveness Council (2004) dan Productivity Report (2008). Di zaman globalisai ini, pengukuran terhadap aspek daya saing bukan sahaja terbatas kepada definisi nilai perkongsian pasaran dan keuntungan bahkan juga merangkumi aspek nilai tambah, aspek kemampanan dan alam sekitar. Beberapa indikator telah digunapakai dengan meluas dalam pelbagai penyelidikan bagi mengukur tahap kuantiti secara amnya iaitu, comparative advantage, produktiviti, kecekapan dan nilai perkongsian pasaran. Ciri-ciri lain yang tidak boleh diukur seperti kemampanan dan persekitaran, telah dirangkumkan sekali ke dalam takrifan dan definisi daya saing yang mana definisi daya saingnya masih lagi ditahap pembangunan indeks pengukuran yang sesuai.

 

Penyelaras:

Dr. Tey Yeong Sheng

 

Ahli:

Prof. Dr. Shaufique Fahmi Sidique

Prof. Datin Paduka Dr. Fatimah Mohamed Arshad

Dr. Marcel Djama

Emmy Farha Alias

Suryani Darham

Syahaneem Mohamad Zainalabidin

 

Kemaskini:: 04/01/2022 [noorbaiti]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEPWAV~