Lawatan Penyelidikan Ke Beijing, China | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Lawatan penyelidikan ke Beijing, China

Lawatan penyelidikan ke Beijing, China

Lawatan penyelidikan ke Beijing, China telah berlangsung pada 23 – 29 September 2025 dengan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hasliza Abu Hassim, Timbalan Pengarah Institut Pertanian tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS). Lawatan ini turut disertai oleh Prof. Madya Dr. Nor Khaizura Mahmud@Ab Rashid, Ketua Laboratori Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan (FoSFI), Prof. Madya Dr. Siti Izera Ismail, Ketua Laboratori Pengeluaran Tanaman Makanan Pintar-Iklim, Dr. Nur Sumirah Mohd Dom, Pegawai Penyelidik FoSFI dan dua orang pelajar siswazah ITAFoS iaitu Lim Kah Min dan Jia Hui. Kumpulan penyelidikan telah mengadakan lawatan ke College Animal Science and Technology (CAST), China Agricultural University (CAU). Pada lawatan ini, perbincangan mengenai peluang kerjasama penyelidikan dan pertukaran pelajar telah dibincangkan serta majlis menandatangani memorandum of understanding (MoU) di antara CAST, CAU dan ITAFoS, UPM. Majlis tersbeut telah dihadiri oleh Dekan CAST dan ahli pengurusan kolej yang lain. Kumpulan penyelidik juga telah dibawa melawat sekitar bangunan CAST dan Feed Museum yang mempamerkan hasil inovasi dan produk penyelidikan berkaitan makanan ternakan. Kumpulan penyelidik telah mengadakan lawatan ke kilang mycotoxin degradation Greens dan kilang pemprosesan makanan ternakan Wellhope Tangshan Feed Ltd. Kedua-dua kilang ini terletak di Hebei yang mengambil masa 3 jam perjalanan daripada Beijing.

 

Seterusnya, pada 26 September 2025, kumpulan penyelidik telah menghadiri The 11th Summit Forum on Animal Husbandry and Veterinary Engineering Technology yang diadakan di CAU dan Prof. Madya Dr. Hasliza Abu Hassim telah menyampaikan pembentangan jemputan bertajuk ‘Malaysia’s Livestock production and feed Industry for Sustainability of Food Security: Past, Present and Future’. Pada 27 September 2025, kumpulan penyelidik telah mengadakan lawatan ke Animal Production Research Centre yang terletak di Zhuo Zhou, Hebei dan seterusnya ke Hebei Agricultural University (HAU) di Baoding, China dan membuat pembentangan berikut:

  • Prof. Madya Dr. Nor Khaizura Mahmud@Ab Rashid: “Food and Feed Safety in Malaysia: Current Challenges and Future Directions”
  • Prof. Madya Dr. Siti Izera Ismail: “UPM and ITAFoS: New Research Progress”
  • Prof. Madya Dr. Hasliza Abu Hassim: “Black Soldier Fly Larvae: Turning Waste into Animal Feed”

  

Selain itu, perbincangan potensi kerjasama penyelidikan bersama Dekan dan Timbalan Dekan College of Animal Science and Technology, HAU turut diadakan pada sesi lawatan tersebut. Pada 28 September 2025, Kumpulan penyelidik telah menghadiri The 10th Donkey Industry Development Conference yang diadakan di Baoding Banquet Food Musem, Boading Zhili Cultural Hotel, Baoding. Pada konferensi ini, Prof. Madya Dr. Hasliza Abu Hassim telah ditemuramah oleh wartawan tempatan dan satu artikel berita bertajuk ‘The Path to Win-Win Cooperation in the Donkey Industry from a Global Perspective’ telah diterbitkan dalam media tempatan.

 Kesimpulannya, lawatan penyelidikan ini membuka peluang kerjasama penyelidikan yang lebih erat di antara CAST, CAU dan ITAFoS, UPM dan potensi kerjasama antarabangsa yang lain bersama syarikat Greens serta Hebei Agricultural University pada masa akan datang. Kumpulan penyelidik ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Prof. Dr. Quigang Ma, Associate Dean CAST, CAU di atas tajaan penuh kepada penyelidik yang terlibat, dan pihak pengurusan ITAFoS di atas sokongan yang diberikan.

Tarikh Input: 30/09/2025 | Kemaskini: 02/10/2025 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
W, (10:24:24pm-10:29:24pm, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]