Seminar Siri 1/2023: “Understanding Of The Codex Alimentarius Commission System And EU Regulation” | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Seminar Siri 1/2023: “Understanding of the Codex Alimentarius Commission System and EU Regulation”

Seminar Siri 1/2023: “Understanding of the Codex Alimentarius Commission System and EU Regulation”

SERDANG, 26 Oktober – Laboratori Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan (FOSFI), Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program Seminar Siri 1/2023 “Understanding of the Codex Alimentarius Commission System and EU Regulation” pada 26 Oktober 2023. Seminar selama hampir 1.5 jam ini telah dikemudikan oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Faizal Abdull Razis, Penyelidik Bersekutu di FOSFI selaku moderator. Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Prof. Dr. Jin-Wook Kwon, dari National Institute of Fisheries Science, Ministry of Ocean and Fisheries, Ministry of Food and Drug Safety (MFDS), Korea. Bidang kepakaran beliau ialah Analisis Kimia dan Penilaian Risiko dalam makanan dan persekitaran. Jawatankuasa penganjur seminar ini terdiri daripada staf FOSFI.

Prof. Dr. Jin-Wook Kwon sedang mengulas isu berkaitan sekuriti makanan

 

Antara pengisian seminar ialah perbincangan tentang sistem “Codex Alimentarius Commission” dan kupasan isu-isu berkaitan pencemaran kimia dan mikrobiologi makanan dan persekitaran. Penyertaan peserta terdiri daripada staf dan pelajar UPM, agensi kerajaan, industri makanan serta orang awam. Secara keseluruhannya, seminar ini dilihat telah mencapai objektif penganjurannya iaitu untuk meningkatkan kesedaran peserta terhadap sistem “Codex Alimentarius Commission” serta kaitannya dengan keselamatan makanan. Berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan peserta adalah sangat berpuashati dengan seminar ini. Adalah juga diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan dalam usaha melahirkan masyarakat yang cakna dengan keselamatan makanan dan mengamalkan pengetahuan yang diperolehi dalam kehidupan seharian mereka. Semua peserta yang hadir telah diberikan e-sijil dan peserta dari UPM turut memperolehi mata kredit Pembangunan Profesional Berterusan (CPD).

Peserta yang telah hadir dan mengambil bahagian dalam seminar ini

Tarikh Input: 30/10/2023 | Kemaskini: 31/10/2023 | noordiana

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXESFAg~