Kegunaan Antibiotik Dalam Penternakan Haiwan | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» ARTIKEL » Kegunaan Antibiotik dalam Penternakan Haiwan

Kegunaan Antibiotik dalam Penternakan Haiwan

Penggunaan antibiotik dalam pengeluaran ternakan haiwan semakin meningkat disebabkan oleh kos antibiotik yang rendah dan peningkatan permintaan terhadap protein haiwan di negara membangun. Antibiotik digunakan dalam pengeluaran ternakan untuk menggalakkan pertumbuhan haiwan dan pencegahan penyakit. Dos antibiotik yang rendah diberikan dalam ternakan sebagai penggalak pertumbuhan untuk tempoh yang lebih lama antara mingguan hingga bulanan. Jumlah antibiotik yang digunakan sebagai penggalak pertumbuhan dalam ternakan haiwan telah dianggarkan sehingga 80% daripada jumlah kuantiti antibiotik yang diberikan setiap tahun sebagai makanan. Akibatnya, amalan ini menyumbang kepada kemunculan, penyebaran, dan kerintangan antibiotik terhadap bakteria pada manusia dan ternakan. Antara bakteria yang biasa menjangkiti manusia dan haiwan; termasuk Escherichia coli, Klebsiella pneumonia, Salmonella spp., Streptococcus pneumonia, dan Staphylococcus aureus, menurut data daripada World Health Organization. Banyak negara telah pun mengambil tindakan untuk mengurangkan penggunaan antibiotik sebagai penggalak pertumbuhan. Sebagai contoh, Kesatuan Eropah telah melarangkan penggunaan antibiotik dalam makanan haiwan sejak 2006. Di Malaysia, larangan antibiotik masih belum dilaksanakan dalam pengeluaran ternakan kerana masih ramai penternak yang mengamalkan sistem pengurusan ternakan terbuka. Pengurusan sistem ternakan terbuka meningkatkan risiko jangkitan dalam ternakan. Kos untuk melaksanakan sistem pengurusan ternakan tertutup adalah mahal dan tidak mampu milk terutamanya bagi petani berskala sederhana dan kecil. Terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan untuk mengurangkan penggunaan antibiotik dalam pengurusan ternakan haiwan termasuk meningkatkan kebersihan ladang, reka bentuk perumahan yang sesuai untuk ternakan, prosedur pembasmian kuman, penggunaan vaksinasi, dan pengasingan haiwan yang sakit.

 

Tarikh Input: 29/07/2022 | Kemaskini: 29/07/2022 | s_kumari

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXEbWAQ~