14 Mei 2026 – Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) telah melaksanakan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) pada 13 hingga 14 Mei 2026 bagi memastikan pematuhan terhadap standard dan keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti organisasi.
Seramai 12 orang Juruaudit Dalaman dan 6 orang Juruaudit Dalaman Pemerhati yang diketuai oleh Dr. Suryati Muhamad Alinafiah daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM terlibat dalam pelaksanaan audit ini yang merangkumi skop pengurusan, perkhidmatan utama dan sokongan.
Selain bertujuan menilai pematuhan terhadap standard, prosedur, arahan kerja dan garis panduan, audit ini turut berperanan untuk mengenal pasti peluang penambahbaikan serta memastikan kesiapsiagaan menghadapi Audit Pemantauan II oleh SIRIM.
Beberapa penemuan audit turut dikenal pasti sebagai langkah penambahbaikan berterusan bagi memperkukuh keberkesanan sistem pengurusan kualiti ITAFoS memastikan proses kerja dilaksanakan dengan lebih cekap, teratur.
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 22/05/2026 | Kemaskini: 22/05/2026 | ilyaaqeela

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia