Audit Dalaman SPK MS ISO 9001: 2015 Bagi Tahun 2020 | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Audit Dalaman SPK MS ISO 9001: 2015 bagi Tahun 2020

Audit Dalaman SPK MS ISO 9001: 2015 bagi Tahun 2020

SERDANG, 22 Julai – Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) telah menjalani Audit Dalaman MS ISO 9001:2015. Audit yang dijalankan selama 2 hari iaitu pada 21 dan 22 Julai 2020 telah memberi fokus kepada kualiti pengurusan penyelidikan, pengajian siswazah, pengurusan makmal dan skop operasi sokongan yang lain.

Puan Liyana Ithnin daripada Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM selaku Ketua Juruaudit Dalaman telah dibantu oleh sembilan (9) orang  Juruaudit Dalaman ITAFoS. Audit telah dijalankan dengan kaedah pemerhatian, pengujian dan temubual bersama auditee. Hasil penemuan audit ini telah dibentangkan oleh Ketua Juruaudit Dalaman secara lisan kepada ahli pengurusan dan staf ITAFoS pada mesyuarat penutupan audit yang diadakan pada jam 4 petang, 22 Julai 2020.

Semua staf dan auditee telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang dua (2) hari audit berlangsung. Diharapkan dengan pelaksanaan audit ini dapat memastikan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti di ITAFoS adalah mematuhi keperluan Standard MS ISO 9001:2015 serta prosedur yang ditetapkan.

Pihak Pengurusan ITAFoS telah merakamkan penghargaan kepada sumbangan dan komitmen yang diberikan setiap warga ITAFoS dan berharap ia dapat diteruskan dalam menghadapi Audit SIRIM yang akan datang.  Pihak pengurusan juga berharap pelaksanaan audit ini dapat menambahbaik kualiti perkhidmatan sedia ada serta dapat mengenalpasti ruang untuk peningkatan kualiti secara berterusan.

Tarikh Input: 27/07/2020 | Kemaskini: 28/07/2020 | mohdhusni

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXFFRA6~