Kursus NotebookLM AI Perkasa Penyelidikan dan Pengurusan Pengetahuan Pertanian di UPM
SERDANG, 20 Ogos 2026 – Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan kursus berkaitan penggunaan NotebookLM AI dalam penyelidikan pertanian, pengurusan pengetahuan dan inovasi pertanian pintar serta keterjaminan makanan.
Kursus ini dikendalikan oleh Dr. Rusli Abdullah, Profesor Adjung, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM, yang memberikan pendedahan kepada peserta mengenai konsep Generative AI dan Grounded AI, serta aplikasi NotebookLM dalam menyokong aktiviti penyelidikan dan pengurusan pengetahuan.
Kursus ini memberi fokus kepada penggunaan NotebookLM untuk mengurus dokumen penyelidikan, menganalisis artikel saintifik dan literatur, mengenal pasti tema serta research gap, selain menghasilkan ringkasan, nota penyelidikan, FAQ dan dokumentasi projek secara lebih sistematik.
Kandungan kursus turut merangkumi pembinaan knowledge repository, analisis literatur dan penjanaan pengetahuan, pengurusan projek penyelidikan serta pembangunan AI workflow bagi menyokong penyelidikan pertanian dan keterjaminan makanan di UPM.
Selain itu, aspek etika penggunaan AI, perlindungan data penyelidikan, pengesahan sumber dan integriti akademik turut diberi penekanan bagi memastikan penggunaan teknologi AI dilaksanakan secara bertanggungjawab.
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat memperkasa warga UPM dengan kemahiran penggunaan AI yang relevan, seterusnya meningkatkan kecekapan penyelidikan, pengurusan pengetahuan dan inovasi dalam bidang pertanian pintar serta menyokong agenda keterjaminan makanan negara.
Tarikh Input: 24/08/2026 | Kemaskini: 24/08/2026 | noorbaiti

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia