Serdang, 27 Ogos 2025 – Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan, Universiti Putra Malaysia (ITAFoS, UPM) telah selesai menjalani Audit Pengurusan Program Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) yang dilaksanakan oleh Bahagian Audit Dalam, UPM. Audit ini bermula pada 13 Ogos 2025 sehingga 27 Ogos 2025, dimulai dengan Sesi Pembukaan Audit pada 13 Ogos 2025 yang turut dihadiri oleh Wakil Bahagian Kewangan Pengurusan Operasi Berpusat, Pejabat Bursar, UPM.

Audit Pengurusan HICoE ini bertujuan untuk menilai program/aktiviti penyelidikan yang dijalankan supaya selari dengan objektif strategik HICoE dan mencapai impak yang dirancang serta mengenal pasti peluang penambahbaikan proses pengurusan aktiviti HICoE. Skop audit merangkumi empat (4) aspek iaitu tadbir urus, pengurusan geran dan kewangan, penilaian output serta pemantauan dan penilaian bagi Program HICoE Fasa I dan II ITAFoS.


Sesi audit ini turut melibatkan verifikasi aset dan peralatan HICoE. Sebanyak 65 aset/ peralatan HICoE terpilih telah di audit melibatkan 14 fasiliti penyelidikan ITAFoS iaitu Makmal Produksi Haiwan; Makmal Pusat; Makmal Guna Sama FSTM dan ITAFoS; Pusat Penyelidikan Haiwan (PPH); Ladang 10; Ladang 15; Bilik Siswazah; Makmal Sains Daging, Fakulti Pertanian; Makmal Molekular dan Tanaman Makanan; Makmal Fisiologi Tumbuhan; dan Makmal Penyelidikan Klinikal, Fakulti Perubatan Veterinar. Audit ini ditutup dengan taklimat berkaitan projek penyelidikan HICoE oleh Pengarah ITAFos yang turut dihadiri oleh Ketua Projek HICoE Fasa II ITAFoS.
Tarikh Input: 29/08/2025 | Kemaskini: 29/08/2025 | s_hasimah

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia