Bengkel “Analisis Mikotoksin Dengan Menggunakan HPLC” | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Bengkel “Analisis Mikotoksin dengan Menggunakan HPLC”

Bengkel “Analisis Mikotoksin dengan Menggunakan HPLC”

21 - 23 Ogos 2017 – Satu Bengkel ”Analisis Mikotoksin dengan Menggunakan HPLC” telah diadakan selama 3 hari dan dianjurkan oleh Laboratori Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan (FOSFI), Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFOS).

Bengkel ini telah dikendalikan oleh 3 orang pensyarah (dari FOSFI) dan 2 orang penunjuk ajar yang berpengalaman dalam bidang HPLC iaitu En. Joseph Chan (dari Team Medical & Scientific Sdn. Bhd.) dan Tuan Haji Ismail Muit (freelance HPLC trainer). Seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah, staf dan pelajar siswazah telah menghadiri bengkel ini.

Bengkel ini membantu para peserta :

  • Memahami prinsip-prinsip ringkas bagi perbezaan kaedah pengekstrakan mikotoksin (Mycotoxin Extraction Methods).
  • Mengetahui perbezaan IDL (Instrument Detection Limit) bagi LOD (Limit of Detection) dan MDL (Method Detection Limit).
  • Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan bagi setiap kaedah tersebut.

Berdasarkan maklumbalas peserta di akhir bengkel, didapati matlamat dan objektif telah tercapai di mana para peserta berharap bengkel seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang.

Tarikh Input: 05/09/2017 | Kemaskini: 11/09/2017 | noordiana

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXFFVAK~