Bengkel Pemindahan Ilmu Tanaman Hidroponik | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Bengkel Pemindahan Ilmu Tanaman Hidroponik

Bengkel Pemindahan Ilmu Tanaman Hidroponik

Pada 9 Februari 2026, satu program jaringan komuniti bertajuk “Bengkel Pemindahan Ilmu Tanaman Hidroponik” telah diadakan di Pusat Aktiviti Masyarakat, Kg. Rinching Hulu, Semenyih yang bermula pada 8.30 pagi. Program ini adalah fasa kedua, lanjutan daripada Geran KTGS@ITAFoS bertajuk “Projek Pemindahan Ilmu Penanaman Tumbuhan Herba Untuk Peningkatan Ekonomi Melalui Herba Di Komuniti Kampung Rinching Hulu” yang di ketuai oleh Dr. Nur Sumirah Mohd Dom dari FOSFI. Seramai 40 orang peserta telah terlibat pada program kali ini. Program kali ini menggabungkan ceramah teori yang disampaikan oleh penceramah Tuan Mohd Zaidan Zahari daripada Kolej Professional MARA Beranang dan amali hidroponik oleh En. Azmir Ismail, Pengusaha Mr. Hidrofonik. Program ini telah berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah dan tamat pada jam 1.00 petang.

Pada program kali ini peserta berpeluang mempelajari teknik pemasangan sistem hidroponik, penyediaan nutrien, penyemaian benih serta penjagaan tanaman secara praktikal. Mereka juga menerima demonstrasi langsung dan bahan asas untuk diamalkan di rumah, membantu kurangkan kos makanan dan potensi pendapatan tambahan melalui tanaman sayur hijau berkualiti. Secara keseluruhan, kemahiran ini memperkasakan komuniti dalam pertanian moden tanpa tanah, selaras matlamat pemindahan ilmu UPM.

 

Tarikh Input: 16/02/2026 | Kemaskini: 16/02/2026 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
W, (08:28:11am-08:33:11am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]