
3 Februari 2026 – Bengkel Penulisan Geran Komuniti anjuran Jawatankuasa Jaringan Industri dan Masyarakat Institut telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat, ITAFoS sebagai salah satu inisiatif untuk memberi pendedahan dan panduan berkaitan teknik penulisan geran komuniti yang berkesan serta memenuhi kriteria penilaian.

Seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (bukan akademik) dan ahli jawatankuasa JINM Institut telah menyertai bengkel ini. Bengkel ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Siti Izera Ismail yang berkongsi keberkesanan permohonan geran dan pengalaman beliau dalam melaksanakan projek komuniti dan penyediaan pelaporan.
Penganjuran bengkel ini diharap dapat meningkatkan kompetensi peserta dalam merancang dan melaksanakan projek komuniti yang berimpak tinggi serta mampan pada masa hadapan.

Berdasarkan graf maklum balas bagi pernyataan “Program memberi manfaat kepada saya”, seramai 6 orang responden terdiri daripada peserta utama telah memberikan penilaian. Daripada jumlah tersebut, 4 orang (66.7%) memberikan skor 5 iaitu sangat bersetuju, manakala 2 orang (33.3%) memberikan skor 4 iaitu bersetuju. Tiada responden yang memberikan skor 1, 2 atau 3.Secara keseluruhannya, dapatan ini menunjukkan bahawa majoriti peserta memberikan maklum balas yang sangat positif dan berpuas hati terhadap program yang dijalankan. Program ini jelas memberi manfaat yang signifikan kepada peserta.
Tarikh Input: 11/02/2026 | Kemaskini: 11/02/2026 | s_hasimah

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia