Serdang, 26 November 2025 – Laboratori Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (LKDPM) bersama Laboratori Pengeluaran Tanaman Makanan Pintar-Iklim, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Bengkel Penulisan Jurnal Bil. 1/2025 bertempat di Bilik Latihan LKDPM, ITAFoS.
Seramai 14 orang pelajar dan 3 orang Pegawai Penyelidik telah menyertai bengkel ini yang bertujuan meningkatkan keupayaan penulisan ilmiah serta memperkasakan komunikasi penyelidikan secara lebih efektif.
Bengkel dimulakan dengan sesi perkongsian oleh Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Samad melalui sesi bertajuk “Write to Publish”, yang menekankan strategi penulisan berimpak tinggi dan pendekatan berkesan dalam dunia penerbitan akademik. Seterusnya, Prof. Madya Ts. Dr. Siti Izera Ismail menyampaikan sesi bertajuk “Communicating Your Research Project: Essential Tips for Success”, yang memberi panduan dan teknik penting dalam menyampaikan hasil penyelidikan secara jelas, teratur dan meyakinkan.
Melalui penganjuran bengkel ini, para peserta diharap dapat menghasilkan karya ilmiah yang berkualiti serta menyumbang kepada peningkatan produktiviti penyelidikan di peringkat institut.


Tarikh Input: 27/11/2025 | Kemaskini: 27/11/2025 | ilyaaqeela

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia