Bengkel Penulisan Jurnal FOSFI 2025 | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Bengkel Penulisan Jurnal FOSFI 2025

Bengkel Penulisan Jurnal FOSFI 2025

Serdang, 27 Ogos 2025- Laboratori Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan (FoSFI), di bawah Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), telah berjaya menganjurkan bengkel selama dua hari bertajuk "Bengkel Penulisan Jurnal FoSFI 2025" pada 26 dan 27 Ogos 2025.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan dan bimbingan kepada para peserta, khususnya pelajar pascasiswazah, mengenai cara menyediakan manuskrip yang berkualiti. Bengkel ini juga merangkumi sesi penyeliaan bersemuka bersama penyelia atau penyelia bersama yang terlibat, serta panduan dalam memilih jurnal yang bersesuaian mengikut topik manuskrip.

Melalui Bengkel Penulisan Jurnal ini, para peserta berpeluang menyediakan manuskrip yang berkualiti dengan bimbingan daripada penyelia masing-masing. Mereka turut digalakkan untuk menghantar manuskrip ke jurnal yang bersesuaian sama ada semasa atau selepas sesi bengkel. Selain itu, bengkel ini turut menampilkan sesi perkongsian mengenai penulisan jurnal yang berkesan oleh penceramah jemputan, yang bertujuan memberikan panduan dan motivasi kepada peserta dalam memperkukuh kemahiran penulisan akademik mereka.

Semasa bengkel ini, Dr. Nuzul Noorahya Jambari, Pensyarah Kanan dari Fakulti Sains Dan Teknologi Makanan, juga Penyelidik Bersekutu di ITAFoS telah berkongsi tips bertajuk " The Dos and Don'ts in Publishing Your Research Findings kepada para pelajar.  

Bengkel ini melibatkan semua pelajar  dibawah seliaan penyelidik bersekutu FoSFI, penyelidik bersekutu serta pegawai penyelidik. Seramai  34 peserta telah menghadiri bengkel penulisan ini di mana dijangka sebanyak 28 draf manuskrip berjaya dihasilkan.

 

Tarikh Input: 29/08/2025 | Kemaskini: 29/08/2025 | azimahs

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
S, (10:14:12pm-10:19:12pm, 29 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]