
Pada 19 Mei 2026, Bengkel Permohonan Perlindungan Harta Intelek 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat ITAFoS. Bengkel anjuran Laboratori Produksi Haiwan Lestari dan Biodiversiti ini telah melibatkan seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan penyelidik ITAFoS.
Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk:
i. memberi pendedahan cara permohonan perlindungan harta intelek yang betul dan lengkap.
ii. meningkatkan kefahaman penyediaan bahan dan dokumen berkaitan permohonan.
iii. meningkatkan kefahaman peserta berkaitan jenis-jenis harta intelek seperti paten, hak cipta, cap dagangan dan reka bentuk perindustrian.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Fadzlin Afiqah A.Samad, pelajar siswazah, dari Fakulti Perubatan Veterinar, yang terlibat secara langsung dalam proses permohonan Harta Intelek.
Secara keseluruhannya, bengkel ini berjaya memberi pendedahan dan panduan kepada
peserta berkaitan proses permohonan harta intelek serta kepentingannya. Melalui bengkel ini
juga,peserta turut memperoleh pengetahuan praktikal berkaitan strategi pengurusan dan
perlindungan aset intelektual secara lebih berkesan.
Tarikh Input: 25/05/2026 | Kemaskini: 25/05/2026 | s_hasimah

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia