BENGKEL REAL TIME POLYMERASE CHAIN REACTION (PCR) | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » BENGKEL REAL TIME POLYMERASE CHAIN REACTION (PCR)

BENGKEL REAL TIME POLYMERASE CHAIN REACTION (PCR)

SERDANG, 15 Ogos – Bengkel Real Time Polymerase Chain Reaction (PCR)  telah diadakan pada 13hb – 14hb Ogos 2024 di Makmal Pusat Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS). Bengkel real-time PCR yang berlangsung selama 2 hari itu dibuat dalam beberapa siri ceramah oleh Cik Yashini Subramaniam yang merupakan pelajar Master dalam bidang Sains Haiwan dari ITAFoS. Seramai 10 peserta telah menyertai bengkel ini termasuk pelajar siswasah dan staf ITAFoS. Bengkel ini diadakan bagi tujuan untuk mendedahkan peserta kepada teori dan praktikal dalam menganalisa kajian expresi gen menggunakan instrumen PCR masa nyata. Melalui bengkel ini, para peserta diberi ‘hands-on traning’ dalam  pengekstrakan RNA daripada sel haiwan, menukar RNA kepada cDNA, dan mengoptimumkan tindak balas qPCR. Diharap bengkel ini dapat mengukuhkan kemahiran serta pengetahuan para perserta dalam aplikasi qPCR dalam kerja penyelidikan.

 

Tarikh Input: 29/08/2024 | Kemaskini: 29/08/2024 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
F, (10:24:35pm-10:29:35pm, 23 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]