ITAFoS Berjaya Melepasi Audit Dalaman QMS 2025 | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » ITAFoS Berjaya Melepasi Audit Dalaman QMS 2025

ITAFoS Berjaya Melepasi Audit Dalaman QMS 2025

Serdang, 15 Mei 2025 – Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) telah berjaya melepasi Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) yang berlangsung pada 14 hingga 15 Mei 2025. Audit ini diketuai oleh Puan Norazlindawati Hashim dari Institut Penyelidikan Produk Halal dengan sokongan pasukan Juruaudit Dalaman seramai sepuluh orang.

Audit ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan pengurusan kualiti ITAFoS adalah selaras dengan keperluan standard MS ISO 9001:2015, serta mematuhi Dasar dan Objektif Kualiti UPM. Selain itu, audit ini turut mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memastikan penambahbaikan berterusan serta persediaan menghadapi audit oleh badan pensijilan (SIRIM).

Skop audit merangkumi pelbagai aspek pengurusan termasuk:

  • Pengurusan Am
  • Perkhidmatan Utama: Siswazah dan Penyelidikan
  • Sokongan: Pengurusan Pelanggan, Kewangan, Latihan, Peralatan, Infrastruktur dan Kenderaan, Sumber Manusia, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Penentukuran dan Verifikasi Peralatan, Pengurusan Makmal, serta Jaringan Industri dan Masyarakat

Bagi menyusuli hasil audit, satu bengkel penutupan akan diadakan bagi membincangkan pelan tindakan pembetulan yang efektif untuk menutup sebarang penemuan audit yang telah dikenal pasti.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja serta Ahli Pengurusan ITAFoS atas usaha, komitmen dan kerjasama yang cemerlang dalam menjayakan pelaksanaan Audit Dalaman QMS ini.

Tarikh Input: 27/05/2025 | Kemaskini: 27/05/2025 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
W, (01:46:57pm-01:51:57pm, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]