7 Mei 2026 – Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) telah menganjurkan Kursus Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 pada 6 hingga 7 Mei 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat ITAFoS. Kursus ini dikendalikan oleh Encik Allan Lajot dari Fakulti Pertanian UPM dan disertai oleh 16 orang juruaudit dalaman sedia ada serta juruaudit lantikan baharu.
Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran peserta dalam melaksanakan audit dalaman secara berkesan selaras dengan keperluan standard ISO 9001:2015. Selain itu, program ini turut berfungsi sebagai sesi ulang kaji kepada juruaudit sedia ada di samping melahirkan juruaudit dalaman yang kompeten dan berintegriti. Kursus ini juga diadakan sebagai persediaan menghadapi Audit Dalaman QMS yang akan diadakan pada 13 hingga 14 Mei 2026.
Sepanjang kursus berlangsung, peserta didedahkan dengan teknik pengauditan, kaedah penulisan penemuan audit dalam borang nota audit serta cara menentukan klausa bagi penemuan ketakakuran (NC) dan peluang penambahbaikan (OFI). Penyampaian penceramah yang jelas dan mudah difahami turut membantu peserta memahami prosedur audit dengan lebih mendalam. Mereka turut mencadangkan agar kursus seperti ini diteruskan secara berkala sebagai sesi refresher dan pemantapan kompetensi juruaudit dalaman.
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 26/05/2026 | Kemaskini: 26/05/2026 | ilyaaqeela

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia