Kursus Formulasi Dan Pembuatan Makanan Ternakan Berasaskan Kenaf | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Kursus Formulasi dan Pembuatan Makanan Ternakan Berasaskan Kenaf

Kursus Formulasi dan Pembuatan Makanan Ternakan Berasaskan Kenaf

10 - 11 September 2024 - Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha kenaf dan penternak beserta beberapa orang pegawai dari Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah menghadiri kursus Formulasi dan Pembuatan Makanan Ternakan Berasaskan Kenaf. Kursus ini adalah anjuran Laboratori Produksi Haiwan Lestari dan Biodiversiti, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) UPM. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta dan meningkatkan kemahiran dalam penanaman serta penggunaan kenaf sebagai silaj makanan ternakan.

 

Kursus ini diadakan secara teori dan praktikal bersama pakar pemakanan haiwan, Prof. Madya Dr. Hasliza Abu Hassim dan Pegawai Pertanian ITAFoS, En. Eddy Shahriza Jamein. Para peserta telah diberikan ceramah berkaitan pemakanan ternakan ruminan dan penghasilan makanan alternatif daripada sisa pertanian. Mereka juga turut diberi pendedahan teknik sebenar penghasilan silaj yang berkualiti dan selamat untuk ternakan mereka. Perkongsian pengalaman daripada peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan kepada para peserta yang lain.

 

Siri kursus ini turut diselitkan dengan melawat fasiliti dan penyelidikan yang sedang dijalankan oleh Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) seperti projek Lalat Askar Hitam, projek ayam pedaging dan lain-lain. Majlis Penutupan kursus ini turut dihadiri oleh Ts. Mohd Fadzhel bin Mohd Nasir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), LKTN. Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada pegawai LKTN dan pengusaha tanaman kenaf negara.

Tarikh Input: 23/09/2024 | Kemaskini: 23/09/2024 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
W, (10:59:07am-11:04:07am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]