Kursus Formulasi Dan Pembuatan Makanan Ternakan Berasaskan Kenaf Siri 3 | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Kursus Formulasi dan Pembuatan Makanan Ternakan Berasaskan Kenaf Siri 3

Kursus Formulasi dan Pembuatan Makanan Ternakan Berasaskan Kenaf Siri 3

24 – 25 Februari 2025 – Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) UPM telah menganjurkan Kursus Formulasi dan Pembuatan Makanan Ternakan Berasaskan Kenaf Siri 3 dengan kerjasama Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). Kursus kali ketiga ini telah dihadiri seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha kenaf dan pegawai LKTN dari seluruh Malaysia. Tujuan utama penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan pengusaha kenaf dan pegawai LKTN berkenaan pemakanan ternakan ruminan, penyediaan dan penghasilan makanan alternatif bagi ternakan ruminan. Mereka juga turut diberi pendedahan teknik sebenar penghasilan silaj kenaf yang berkualiti dan selamat untuk ternakan mereka. Para peserta berpeluang menyediakan sendiri silaj semasa siri praktikal yang diadakan pada hari kedua kursus dan ia secara tidak langsung telah meningkatkan pemahaman mereka dalam penyediaan silaj.

Perkongsian ilmu daripada pakar pertanian, Dr. Mohd. Nazri Md. Nayan dan En. Eddy Shahriza Jamein, telah mendapat maklum balas yang positif daripada peserta. Diharap dengan perkongsian ilmu kepakaran ini dapat membantu pengusaha kenaf dalam meningkatkan pendapatan dan memajukan pengusahaan mereka.

 

Tarikh Input: 04/03/2025 | Kemaskini: 04/03/2025 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
X, (06:25:13pm-06:30:13pm, 31 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]