Kursus Formulasi Dan Pembuatan Makanan Ternakan Berasaskan Kenaf Siri Kedua | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS) itafos
» BERITA » Kursus Formulasi dan Pembuatan Makanan Ternakan Berasaskan Kenaf Siri Kedua

Kursus Formulasi dan Pembuatan Makanan Ternakan Berasaskan Kenaf Siri Kedua

28 - 29 Oktober 2024 - Siri Kedua bagi Kursus Formulasi dan Pembuatan Makanan Ternakan Berasaskan Kenaf telah diadakan dengan jumlah peserta yang sama iaitu seramai 30 orang. Peserta kali ni terdiri daripada pengusaha kenaf, penternak dan staf Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). Kursus bersiri ini mempunyai tujuan yang sama untuk memberi pendedahan kepada peserta dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan kenaf untuk dijadikan silaj sebagai makanan alternatif ternakan haiwan ruminan.

Kursus ini dianjurkan secara teori dan praktikal bersama pakar pemakanan haiwan, Prof. Madya Dr. Hasliza Abu Hassim dan Pegawai Pertanian ITAFoS, En. Eddy Shahriza Jamein. Para peserta telah diberikan ceramah berkaitan pemakanan ternakan ruminan, nutrisi dan penghasilan makanan alternatif daripada sisa pertanian. Mereka juga turut diberi pendedahan teknik sebenar penghasilan silaj yang berkualiti dan selamat untuk ternakan mereka. Peluang ini digunakan oleh peserta sebaik mungkin dalam mendapatkan penasihatan, pandangan dan rujukan kepakaran dalam aktiviti harian mereka.

Pada akhir kursus peserta telah dibawa  melawat fasiliti yang ada di Pusat Penyelidikan Haiwan. Majlis Penutupan kursus ini turut disempurnakan oleh Ketua Laboratori Produksi Haiwan Lestari dan Biodiversiti, Dr. Mamat Hamidi Kamalludin. Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada semua peserta kursus.

Tarikh Input: 11/11/2024 | Kemaskini: 11/11/2024 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
X, (02:01:51pm-02:06:51pm, 26 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]