Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) dengan kerjasama Empirenet Ventures Training & Consultancy telah menganjurkan Kursus Pengurusan Penternakan dan Formulasi Makanan Ternakan Poltri pada 2 – 4 Oktober 2024. Kursus ini telah dihadiri oleh tenaga pengajar dari tiga buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) iaitu SMT Alor Setar, Kedah, SMT Melaka dan SMT Johor Bahru. Program ini telah diadakan secara teori dan praktikal oleh pakar penternakan ITAFoS, Prof. Madya Dr. Eric Lim Teik Chung, yang juga Ketua Jabatan di Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian, Dr. Suriya Kumari Ramiah, Pegawai Penyelidik ITAFoS dan En. Eddy Shahriza Jamein, selaku Pegawai Pertanian ITAFoS.

Para peserta telah didedahkan dengan pengurusan ladang yang baik serta biosekuriti. Kaedah formulasi makanan yang baik juga turut didedahkan agar penyediaan makanan yang betul dan berkhasiat dapat disediakan untuk ternakan poltri. Peserta juga dapat melaksanakan pembancuhan makanan ayam secara ‘hands-on’ dan hasilnya dibawa pulang ke sekolah masing-masing.
Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada tenaga pengajar SMT tersebut dan dapat dikongsikan bersama para pelajar di sekolah mereka.
Tarikh Input: 09/10/2024 | Kemaskini: 09/10/2024 | s_hasimah

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia