
4 - 5 September 2024 - Satu kursus Pengurusan Tanaman Sorghum telah diadakan oleh Laboratori Produksi Haiwan Lestari dan Biodiversiti, ITAFoS UPM. Seramai 10 orang pegawai Johor Biotechnology Sdn Bhd telah menghadiri kursus yang berlangsung selama 2 hari ini. Intipati kursus meliputi aspek penanaman, pengurusan penyakit dan pengendalian lepas tuai tanaman sorghum.
Kursus secara teori telah disampaikan oleh Dr. Nazatul Shima Naharudin yang bertajuk Pengenalan Tanaman Sirghum dan Teknik Penanaman Sorghum. Manakala Dr Syari Jamian menyampaikan ceramah bertajuk potensi dan pengurusan serangga perosak tanaman diikuti En Eddy Shahriza Pegawai Petanian ITAFoS menyampaikan ceramah bertajuk Pengurusan Pembuatan silaj.
Pada hari kedua, amali penanaman tanaman sorgum dan pembuatan silaj telah dijalankan di Pusat Penyelidikan Haiwan (PPH ITAFoS). Melalui amali ini peserta berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai teknologi terkini dalam penggunaan sorghum.
Program yang dilaksanakan ini telah membentuk jaringan dan kerjasama antara universiti dan pihak Johor Biotechnology Sdn Bhd dalam membantu meningkatan industri pertanian di Malaysia. Semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat kepada pihak Johor Biotech Sdn. Bhd.
Tarikh Input: 12/09/2024 | Kemaskini: 12/09/2024 | s_hasimah

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia