SERDANG, 23 Julai – Jawatankuasa Akreditasi Makmal, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Syarikat IKA Works (Asia) Sdn. Bhd. (IKA) telah menganjurkan program “Latihan Pengendalian Peralatan Bomb Calorimeter” pada 23 Julai 2025. Program selama hampir 3 jam ini telah diadakan di Unit Pengukuran Tenaga, Makmal Produksi Haiwan, ITAFoS dan dikendalikan oleh Cik Choon Si Lin, Eksekutif Jualan di IKA selaku moderator. Perkongsian program telah disampaikan oleh Encik Daud Azri Bin Adzman, Pakar Produk Calorimeter, IKA yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang teknikal peralatan Calorimeter.

Cik Choon Si Lin sedang menerangkan tentang latarbelakang syarikat IKA Works (Asia) Sdn. Bhd.
Antara pengisian program ini ialah berkenaan asas dan aplikasi peralatan Bomb Calorimeter serta latihan preventive maintenance Bomb Calorimeter. Seramai 16 peserta yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Akreditasi Makmal, Unit Pengukuran Tenaga, ITAFoS, staf Fakulti Pertanian dan Fakulti Kejuruteraan telah menyertai program ini. Secara keseluruhannya, program ini dilihat telah mencapai objektif penganjurannya iaitu untuk mengukuhkan kefahaman peserta terhadap asas dan aplikasi peralatan Bomb Calorimeter serta kaedah penyelenggaraan peralatan yang betul. Berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan peserta adalah sangat berpuashati dengan program ini. Semua peserta yang hadir memperolehi mata kredit Pembangunan Profesional Berterusan (CPD).

Encik Daud Azri Bin Adzman sedang menerangkan tentang peralatan Bomb Calorimeter
Tarikh Input: 25/07/2025 | Kemaskini: 25/07/2025 | noordiana

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia