Majlis Anugerah Visibiliti Media UPM 2023 | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Majlis Anugerah Visibiliti Media UPM 2023

Majlis Anugerah Visibiliti Media UPM 2023

Pada 19 April 2024, beberapa orang pegawai akademik ITAFoS telah menerima Anugerah Visibiliti Media UPM 2023 di at L’ Apprenti, Universiti Putra Malaysia. Mereka adalah Prof. Dr. Anjas Asmara Samsudin (Anugerah Visibiliti Media Bidang Pertanian), Datin Paduka Prof. Dr. Fatimah Mohamed Arshad, Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Samad serta Dr. Mohd. Rafii Yusop yang banyak menyumbang dalam kepakaran kepada masyarakat melalui media.

                                                   

Berikut adalah petikan di Laman Facebook Rasmi UPM, bagi penganugerahan tersebut:

“Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan berkata penganugerahan ini diberikan sebagai penghargaan kepada individu dan juga pusat tanggungjawab (PTJ) yang banyak menyumbangkan penulisan kepakaran serta buah fikiran dalam menjayakan advokasi awam untuk manfaat rakyat Malaysia serta meningkatkan visibiliti UPM di media sepanjang tahun 2023.”

Semoga dengan penganugerahan ini dapat menyuntik semangat kepada penyelidik lain, dalam memanfaatkan ilmu kepada Masyarakat.

Tarikh Input: 30/04/2024 | Kemaskini: 30/04/2024 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXFTAAn~