Majlis Apresiasi Staf ITAFoS 2025 | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Majlis Apresiasi Staf ITAFoS 2025

Majlis Apresiasi Staf ITAFoS 2025

SERDANG, 3 Disember 2025 – Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Majlis Apresiasi Staf ITAFoS 2025 sebagai penghargaan kepada seluruh warga kerja atas komitmen, dedikasi dan pencapaian cemerlang mereka sepanjang tahun 2025. Majlis berlangsung di Astana Putra, UPM Serdang pada jam 12.00 tengah hari.

Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis diikuti bacaan doa. Seterusnya, YBhg. Prof. Dr. Anjas Asmara Samsudin, Pengarah ITAFoS, menyampaikan ucapan rasmi dengan menekankan kepentingan budaya kerja positif, inovatif dan berintegriti dalam mengukuhkan kecemerlangan institut.

                                                 

Acara diteruskan dengan Penyampaian Anugerah EKSA 2025/2026, sebagai pengiktirafan terhadap zon dan ruang kerja terbaik dalam pengurusan persekitaran kerja yang sistematik. Antara penerima anugerah adalah:

  • Zon Terbaik: Zon Pentadbiran

  • Bilik Terbaik:
    • PM Dr. Nor Khairuzah Mahmud @ Ab. Rashid
    • PM Dr. Siti Izera Ismail
    • En. Mohamad Husni Omar

  • Ruang Kerja Terbaik:

    • En. Mohd Faizol Azral Sulaiman
    • Cik Nur Atika Fadhilah Fadhilah Mohamad Zamhari
    • Pn. Hairen Maswati Hashim
  • Tandas Terbaik: Zon Pentadbiran
  • Inovasi dan Kreativiti Terbaik:
  • Zon Siswazah
  • Zon Pentadbiran
  • Zon Makmal Agrobio
 
 
 

Sebagai tanda penghargaan dan semangat kekeluargaan, majlis turut menyelitkan Slot Simbolik Sambutan Hari Lahir Staf ITAFoS, meraikan staf yang menyambut ulang tahun kelahiran dari bulan Januari sehingga Disember tahun ini. Suasana ceria dan penuh mesra dapat dirasai apabila staf diraikan bersama-sama rakan sekerja dalam suasana santai dan meriah.

                
 

 

Majlis turut menampilkan detik istimewa melalui Majlis Jasamu Dikenang: Dr. Suriya Kumari Ramiah, sebagai penghormatan kepada jasa dan sumbangan besar beliau sepanjang berkhidmat di ITAFoS. Penyampaian cenderamata kenangan diberikan sebagai tanda penghargaan atas dedikasi beliau dalam memajukan institut.

                                                

                                                

Majlis diakhiri dengan sesi ramah mesra serta memberikan ruang kepada warga ITAFoS untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan merapatkan ukhuwah dalam kalangan staf akademik, penyelidik dan pentadbiran.

Penganjuran Majlis Apresiasi ini mencerminkan komitmen ITAFoS dalam menyemai budaya penghargaan dan membina persekitaran kerja yang harmoni serta produktif.

Tarikh Input: 08/12/2025 | Kemaskini: 08/12/2025 | ilyaaqeela

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
X, (10:16:00pm-10:21:00pm, 04 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]