SERDANG, 16 Januari 2026 – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKDR), Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bagi mendoakan Allahyarham ayahanda kepada Puan Noor Izura Ibrahim.
Majlis yang berlangsung pada jam 3.00 petang bertempat di Surau Fakulti Pertanian ini telah disertai oleh ahli-ahli KKDR serta warga ITAFoS yang beragama Islam. Program dimulakan dengan bacaan Yasin, diikuti dengan tahlil dan doa yang telah dipimpin oleh Encik Afham selaku wakil yang dilantik.
Penganjuran majlis ini mencerminkan keprihatinan serta semangat kebersamaan warga ITAFoS dalam menyantuni ahli yang ditimpa musibah. Inisiatif seumpama ini juga selaras dengan usaha KKDR dalam memperkukuh nilai kebajikan, silaturahim dan keharmonian dalam kalangan warga kerja institusi.
Majlis ini turut diserikan dengan sumbangan prihatin, hasil daripada kutipan derma ikhlas warga ITAFoS, yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah ITAFoS, Prof Dr. Hasliza Abu Hassim kepada Puan Izura sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan.
KKDR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir serta terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis ini.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 20/01/2026 | Kemaskini: 20/01/2026 | ilyaaqeela

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia