Persidangan Meja Bulat Nexus Keterjaminan Makanan IPT | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Persidangan Meja Bulat Nexus Keterjaminan Makanan IPT

Persidangan Meja Bulat Nexus Keterjaminan Makanan IPT

29 Oktober 2024 – Persidangan Meja Bulat Nexus Keterjaminan Makanan IPT bersama wakil-wakil IPT dan IPTS di Malaysia telah diadakan di Putra Future Classroom, Fakulti Pendidikan UPM yang telah dipengerusikan oleh Prof Dr. Anjas Asmara Samsudin. Wakil-wakil IPT telah dijemput untuk membincangkan dan merancang status quo keterjaminan makanan negara serta pelan strategik Nexus Keterjaminan Makanan IPT termasuklah pembinaan direktori data kepakaran IPT.

 

Sedikit makluman, Nexus Keterjaminan Makanan IPT disertai oleh semua Universiti Awam (21 buah UA termasuk UPM) dan 7 buah IPTS iaitu Taylor’s University, Sunway University, Xiamen University Malaysia, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Kuala Lumpur, UCSI University dan Management & Science University. Kesemua IPT terlibat bermuafakat dan bersetuju menjadikan Nexus ini sebagai platform dalam memperkukuhkan peranan institusi pengajian tinggi menangani isu keterjaminan makanan pada peringkat nasional dan global.

Turut hadir bersama ialah Prof Dato Dr. Zulkifli Idrus, Prof. Dr Ts. Nurfadlina Mohd Sharef dan Prof Datin Paduka Dr. Fatimah Arshad. Pasukan Nexus Keterjaminan Makanan IPT diketuai oleh Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) untuk menggerakkan UPM sebagai peneraju agenda keterjaminan makanan dalam kalangan IPT di Malaysia.  Malalui penubuhan Nexus Keterjaminan Makanan ini, dijangka dapat meningkatkan serta memantapkan ekosistem sumber makanan negara melalui inisiatif, peranan serta tindakan IPT dan KPT dalam usaha membantu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat, khusus berkenaan keterjaminan makanan.

Tarikh Input: 11/11/2024 | Kemaskini: 11/11/2024 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
F, (12:38:33am-12:43:33am, 23 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]