Serdang, 14 November 2025 – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKDR), Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama pihak pengurusan ITAFoS telah menganjurkan Program Hari Sukan ITAFoS bersempena Program PUTRASihat. Penganjuran ini bertujuan menggalakkan aktiviti fizikal secara berkala selain meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus melalui pelbagai aktiviti kesihatan yang berimpak.

Sebanyak dua acara sukan dipertandingkan iaitu bola jaring bagi peserta wanita dan futsal bagi peserta lelaki. Seramai 32 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program ini, melibatkan 17 peserta bola jaring dan 15 peserta futsal. Program dimulakan dengan sesi senamrobik yang dipimpin oleh En. Afham sebelum diteruskan dengan perlawanan bola jaring dan futsal yang dijalankan di Gelanggang Futsal, Kolej Tan Sri Mustapha Babjee, UPM (Kolej 17).

Penganjuran Hari Sukan ITAFoS turut menjadi medium bagi memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan dan kerjasama dalam kalangan staf. Dalam acara bola jaring, pasukan diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Siti Izera Ismail muncul juara manakala pasukan Prof. Madya Dr. Hasliza Abu Hassim meraih naib johan. Bagi acara futsal, pasukan En. Eddy Shahriza Jamein dinobatkan sebagai johan dan pasukan En. Muhammad Afham Bin Jamali memperoleh tempat kedua.


Pihak KKDR ITAFoS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta dan warga kerja yang hadir memberikan sokongan serta membantu menjayakan program ini.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 18/11/2025 | Kemaskini: 18/11/2025 | ilyaaqeela

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia