20 Januari 2026 - Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) telah menerima kunjungan daripada Koleksi Kultur Mikrob UPM (UPM-MCC), Institut Biosains dalam Program Jerayawara Koleksi Kultur Mikrob UPM (UPM-MCC) bertempat di Bilik Mesyuarat ITAFoS.
Program yang berlangsung dari jam 2.30 hingga 4.00 petang ini telah disampaikan oleh Puan Musliyana Mansor, Pegawai Sains dari Institut Biosains. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran warga UPM khususnya warga ITAFoS mengenai kepentingan pemeliharaan kultur mikrob bagi jangka masa panjang serta memperkenalkan Dasar Universiti Putra Malaysia (Pendepositan Mikroorganisma Berkepentingan) 2024.
Sepanjang sesi jerayawara, para peserta diberikan pendedahan berhubung peranan Koleksi Kultur Mikrob UPM (UPM-MCC) dalam memastikan keselamatan, kelestarian dan kebolehgunaan kultur mikrob untuk tujuan penyelidikan, pengajaran serta inovasi. Penerangan yang disampaikan turut menekankan kepatuhan kepada dasar universiti selaras dengan amalan terbaik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada pegawai makmal dan pegawai penyelidik ITAFoS. Sesi soal jawab yang berlangsung turut membuka ruang perbincangan aktif serta perkongsian pengalaman berkaitan pengurusan dan pendepositan mikroorganisma.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 26/01/2026 | Kemaskini: 26/01/2026 | ilyaaqeela

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia