Program Mobiliti Pelajar Pasca Siswazah (4th FOSMOB, 2018) | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Program Mobiliti Pelajar Pasca Siswazah (4th FOSMOB, 2018)

Program Mobiliti Pelajar Pasca Siswazah (4th FOSMOB, 2018)

29 Oktober 2018, Bogor, Indonesia - Laboratori Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) dengan kerjasama Program Penyelidikan Keselamatan dan Kualiti Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) telah menganjurkan program mobiliti pasca-siswazah ke Institut Pertanian Bogor (IPB), Indonesia dari 29 Oktober hingga 02 November 2018. Program mobiliti tahunan ini adalah kali yang ke-4 dianjurkan. 1st FOSMOB 2015 berlangsung di Universiti Gadja Mada, Indonesia; 2nd FOSMBOB 2016 di Universiti Kasetsart, Thailand; dan 3rd FOSMOB 2017 di National University of Singapore, Singapura. 4th FOSMOB 2018 pada kali ini disertai tiga pensyarah kanan (Dr. Noor Azira Abdul Mutalib, Dr. Nik Iskandar Putra Samsudin, Dr. Maimunah Sanny), seorang penyelidik (Dr. Noordiana Nordin), serta 16 pelajar pasca-siswazah bidang keselamatan makanan dari ITAFoS dan FSTM. Lima orang pelajar pasca-siswazah dari kumpulan tersebut turut menjalani sangkutan pelajar (student attachment) di makmal keselamatan makanan, Jabatan Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Teknologi Pertanian, IPB dari 05 hingga 09 November 2018.

Antara pengisian program ialah Post-Graduate Symposium di mana pelajar UPM dan IPB telah membentangkan hasil penyelidikan mereka secara oral and poster presentations. Program ini bertujuan untuk mengasah bakat komunikasi dalam kalangan pelajar dalam membentangkan hasil dapatan projek penyelidikan masing-masing di samping dapat melatih mereka dalam interaksi antarabangsa dan kemahiran berorganisasi.

Bagi pensyarah dan penyelidik, satu sesi networking telah diadakan untuk membuka peluang-peluang kolaborasi antarabangsa di masa hadapan. Antara bentuk kolaborasi yang dicadangkan ialah joint-supervision, joint publication, sandwich post-graduate program dan joint-application for Southeast Asian/international grants. Di samping melawat fasiliti penyelidikan di Jabatan Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Teknologi Pertanian, para peserta program juga dibawa melawat Southeast Asian Food and Agricultural Science and Technology Centre (SEAFAST CENTRE) yang merupakan salah satu pusat kecemerlangan (centre of excellence) makanan dan pertanian di rantau Asia Tenggara yang berpusat di IPB. SEAFAST CENTRE juga mengalu-alukan pelajar UPM yang ingin menjalankan sangkutan penyelidikan (research attachment) di sana semasa menjalani pengajian di UPM dan juga menawarkan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian sekiranya bidang penyelidikan pemohon selari dengan projek penyelidikan yang aktif di SEAFAST CENTRE. 

Universiti tuan rumah juga telah mengatur lawatan ke beberapa industri makanan di sekitar Indonesia seperti (i) PT Amerta Indah Otsuka, Sukabumi; dan (ii) Pusat Pemprosesan Tenusu Cimory, Bogor. PT Amerta Indah Otsuka adalah syarikat pengeluar minuman isotonik yang berasal dari Jepun. Peserta program telah dibawa meninjau dengan lebih dekat di sekeliling fasiliti pembuatan (production line) kilang tersebut. Cisarua Mountain Dairy (Cimory) yang ditubuhkan pada 2006 pula adalah pengeluar produk makanan dan minuman berasaskan produk tenusu berkualiti tinggi di Indonesia seperti yogurt dan susu. Di sini para pelajar dapat melihat dengan lebih jelas teknologi pembuatan dan penghasilan produk-produk tenusu dan mengaitkannya dengan aspek keselamatan makanan.

4th FOSMOB 2018 ini dilihat telah mencapai objektif penganjurannya iaitu (a) establishing ground for international networks, (b) exploring international research facilities, (c) exchanging ideas with international researchers, (d) enhancing research ability and skills, (e) encouraging international collaborations, dan (f) expanding outlook towards the outside world. Adalah diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan dalam usaha melahirkan graduan pasca-siswazah dalam bidang keselamatan makanan yang berdaya saing seterusnya mengharumkan lagi nama UPM di persada industri, akademik dan penyelidikan dalam dan luar Negara.

  

Tarikh Input: 09/11/2018 | Kemaskini: 09/11/2018 | noordiana

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXFFSAW~