Kumpulan Pengguna Air (KPA) Mawar adalah sekumpulan petani di Pahang Tua, Pekan, Pahang Malaysia, yang terjejas oleh banjir serta kemusnahan tanaman padi. Kumpulan itu terdiri daripada 90 pesawah (petani) yang mengalami kerugian besar akibat banjir. Tanah kumpulan itu terletak di kawasan Langgar, yang mempunyai keluasan keseluruhan lebih daripada 80 hektar. Pihak Institut Pertanian Tropika & Sekuriti Makanan (ITAFoS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengambil inisiatif untuk membantu KPA Mawar dengan kaedah menjadi Kampung Angkat ITAFoS, UPM. Program Kampung Angkat ITAFoS bersama KPA Mawar adalah inisiatif untuk tujuan pemindahan ilmu kepada pesawah dan agensi bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan padi di kawasan Kg. Langgar, Pekan, Pahang dengan Kerjasama IADA, Pekan bagi meningkatan hasil padi dan pendapatan pesawah (Gambar 1).

Gambar 1. Program Kampung Angkat ITAFoS, UPM dengan kerjasama IADA Pekan, Pahang di KPA Mawar, Pekan, Pahang
Program ini telah dijalankan sepanjang tahun 2024-2025 dengan sokongan komuniti dan agensi berkaitan di IADA Pekan, Pahang. Sebanyak 3 program telah berjaya dilaksanakan iaitu Program Perasmian Kampung Angkat bersama Ahli Parlimen Pekan, Program Pemindahan Ilmu Siri 1 dan Program Pemindahan Ilmu Siri 2 serta Majlis Penutup. Program pemindahan ilmu merangkumi aspek pengurusan air, penanaman padi secara Agro-ekologi & penyakit bagi tanaman padi (Gambar 2).


Gambar 2. Dua program Kampung Angkat ITAFoS, UPM dengan kerjasama IADA Pekan, Pahang yang telah dilaksanakan pada tahun 2024.
Pada 28 November 2025, Program Pemindahan Ilmu Siri 2 dan Majlis Penutupan Kampung Angkat ITAFoS, UPM berfokus kepada pengurusan tanaman padi serta kenalpasti penyakit dan perosak tanaman bagi meningkatkan hasil padi. Majlis dimeriahkan lagi dengan majlis apresiasi kepada semua Ahli Jawatankuasa KPA Mawar termasuk mantan ketuanya iaitu Hj Ibrahim Sulaiman serta En. Khalil Idris Mantan Pengarah IADA Pekan, Pahang atau Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Kuantan, Pahang. Turut dihadiri juga Pengarah IADA Pekan yang baru iaitu En. Emy Faizal Mohd Borham, Pengarah ITAFoS dan Prof. Dr. Anjas Asmara Samsudin di majlis tersebut (Gambar 3).

Gambar 3. (a) Gambar atas dari kiri En Emy Fazal Mohd Borham, Hj Ibrahim Sulaiman, En. Khalil Idris dan penceramah Prof. Madya Ts. Dr. Siti Izera Ismail.
Majlis penutup telah berjalan dengan baik, dengan kedua-dua pihak berhasrat untuk meneruskan kerjasama jika wujud peluang dan mekanisma yang membolehkan ia diteruskan (Gambar 4).
Gambar 4. Program pemindahan ilmu dan Majlis penutupan berlangsung
Tarikh Input: 10/12/2025 | Kemaskini: 10/12/2025 | s_hasimah

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia