
NEGERI SEMBILAN, 23 Ogos 2025 – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKDR) Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan program pendakian di Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan Negeri Sembilan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68.
Program yang berlangsung pada 23 Ogos ini disertai seramai 35 orang staf ITAFoS UPM, bertujuan memupuk semangat kesukanan, kebersamaan dan cintakan tanah air. Pendakian ini turut menjadi simbolik kepada aspirasi kemerdekaan negara yang diraikan setiap tahun.
Dengan laungan “Merdeka!”, aktiviti ini berjaya menyuntik semangat patriotik dan mempereratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga ITAFoS.
Tarikh Input: 23/09/2025 | Kemaskini: 23/09/2025 | s_hasimah

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia