PROGRAM PENGUKUHAN KERJA BERPASUKAN ITAFoS 2026 PERKUKUH SINERGI WARGA INSTITUT | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » PROGRAM PENGUKUHAN KERJA BERPASUKAN ITAFoS 2026 PERKUKUH SINERGI WARGA INSTITUT

PROGRAM PENGUKUHAN KERJA BERPASUKAN ITAFoS 2026 PERKUKUH SINERGI WARGA INSTITUT

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKDR) ITAFoS telah menganjurkan Program Pengukuhan Kerja Berpasukan (ITAFoS) Tahun 2026 dari 6 Februari hingga 8 Februari 2026 bertempat di Rock Garden Camping Resort, Gopeng, Perak.

Program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan ITAFoS dalam memperkukuh hubungan silaturahim serta meningkatkan keberkesanan kerja berpasukan dalam kalangan warga institut. Sepanjang tiga hari penganjuran, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang menggabungkan elemen lasak, rekreasi, santai dan ilmiah bagi memastikan keseimbangan antara pembangunan fizikal, mental dan emosi.

Antara pengisian utama program ialah aktiviti telematch dan white water rafting yang dirangka khusus untuk menguji kerjasama, strategi serta komunikasi berkesan dalam kumpulan. Selain itu, slot motivasi dan sesi barbeque yang diadakan pada sebelah malam secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana santai.

Secara keseluruhannya, Program Pengukuhan Kerja Berpasukan (ITAFoS) 2026 berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan diharapkan dapat memberi impak positif terhadap budaya kerja serta mempertingkatkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga ITAFoS pada masa akan datang.

Tarikh Input: 11/02/2026 | Kemaskini: 11/02/2026 | ilyaaqeela

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
X, (04:17:37am-04:22:37am, 05 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]