Hari bumi disambut di seluruh dunia pada setiap 22 April untuk mengingatkan masyarakat berkenaan tanggungjawab kita terhadap alam sekitar dan kepentingan amalan kelestarian dalam menjaga bumi. Tema hari bumi pada tahun ini adalah : Planet Vs Plastics.

Bersempena dengan pelancaran Hari Bumi UPM 2024 pada 25 April 2024 (Khamis) yang lalu, ITAFoS turut mengambil inisiatif dalam menjayakan sambutan tersebut. Sebanyak 15 kg kertas terpakai dan 2.5 kg bahan terpakai berbentuk kabel/kelengkapan elektrik telah berjaya dikumpul. Kesemua bahan terpakai tersebut telah dihantar ke Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Semoga dengan usaha kecil ini dapat kita bertindak dalam melestarikan bumi kita untuk generasi akan datang.
Tarikh Input: 16/05/2024 | Kemaskini: 16/05/2024 | s_hasimah

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia