Sesi Perbincangan Berkaitan Pemakanan Haiwan Ruminan Bersama Industri | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS) itafos
» BERITA » Sesi Perbincangan Berkaitan Pemakanan Haiwan Ruminan Bersama Industri

Sesi Perbincangan Berkaitan Pemakanan Haiwan Ruminan Bersama Industri

7 Januari 2026 - Satu sesi perbincangan telah diadakan bersama Pengarah Syarikat Penya Era, Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin, berkaitan isu pemakanan haiwan ruminan bertempat di Bilik Mesyuarat, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan. Perbincangan yang berlangsung selama dua jam ini melibatkan Pengarah dan Timbalan Pengarah ITAFoS serta turut disertai oleh dua orang Ketua Laboratori.

Fokus perbincangan awal tertumpu kepada peningkatan kos penghasilan makanan haiwan yang semakin membebankan industri penternakan, di samping keperluan untuk meneroka dan membangunkan sumber makanan alternatif yang lebih mampan bagi membantu para penternak, khususnya di Malaysia. Hasil perbincangan tersebut, kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk meneruskan perbincangan lanjut serta menjalin kerjasama strategik dalam pelaksanaan projek pembangunan sumber makanan alternatif untuk ternakan ruminan.

Tarikh Input: 20/01/2026 | Kemaskini: 20/01/2026 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
X, (09:51:04am-09:56:04am, 30 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]