
4 Jun 2026, Serdang – Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Sesi Perkongsian Pengendalian dan Penyelenggaraan Dalaman Peralatan Makmal Siri 10: Gel Documentation System pada 4 Jun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat ITAFoS dan Makmal Molekular Tanaman Makanan yangi telah disertai oleh 10 orang pegawai makmal.


Sesi perkongsian ini dikendalikan oleh Puan Hairen Maswati Hashim dengan bantuan fasilitator, Encik Nazirul Amin Abdullah. Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi staf makmal dalam aspek pengendalian serta penyelenggaraan dalaman peralatan makmal.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan kepada fungsi dan aplikasi Gel Documentation System, teknik pengendalian yang betul serta kaedah pemeriksaan rutin dan penyelenggaraan dalaman peralatan. Selain itu, sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan penggunaan dan penjagaan peralatan tersebut.
Program ini turut menyokong usaha ITAFoS dalam memperkasakan budaya perkongsian ilmu dalam kalangan staf serta mengoptimumkan penggunaan kemahiran dalaman institut. Melalui perkongsian pengalaman dan pengetahuan oleh tenaga pengajar, peserta dapat meningkatkan kefahaman mengenai amalan terbaik dalam pengendalian peralatan makmal sekali gus membantu memanjangkan jangka hayat peralatan dan mengurangkan kos penyelenggaraan.
Tarikh Input: 05/06/2026 | Kemaskini: 05/06/2026 | s_hasimah

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia