Sesi “Postgraduate Meet & Greet” Semester 2 2023/2024 | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Sesi “Postgraduate Meet & Greet” Semester 2 2023/2024

Sesi “Postgraduate Meet & Greet” Semester 2 2023/2024

SERDANG, 23 April – Unit Siswazah Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan telah menganjurkan program ’Postgraduates Meet & Greet’ bagi Semester Kedua 2023/2024. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengalukan pelajar baharu serta memberi pendedahan berkenaan keperluan program pengajian dan peraturan akademik siswazah.

Program ini adalah bagi memberi peluang semua pelajar berkongsi pengalaman atau mengajukan persoalan berkenaan perkara akademik.  Pelajar juga diberikan pendedahan mengenai langkah keselamatan dan tindakan yang perlu diambil jika berlaku kecemasan semasa menjalankan penyelidikan di makmal. Program ini disusuli dengan sesi ramah mesra dan suai kenal bagi mengeratkan lagi kerjasama antara pelajar dan staf.

Tarikh Input: 30/04/2024 | Kemaskini: 30/04/2024 | s_hasimah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXFTAA7~