Sesi “Postgraduate Meet & Greet” Semester 2 2024/2025
SERDANG, 02 Mei 2025– Unit Siswazah Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan telah menganjurkan program ’Postgraduates Meet & Greet’ bagi Semester Kedua 2024/2025. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengalukan pelajar baharu serta memberi pendedahan berkenaan keperluan program pengajian dan peraturan akademik siswazah.
Program ini adalah bagi memberi peluang semua pelajar berkongsi pengalaman atau mengajukan persoalan berkenaan perkara akademik. Pelajar juga diberikan pendedahan mengenai langkah keselamatan dan tindakan yang perlu diambil jika berlaku kecemasan semasa menjalankan penyelidikan di makmal. Program ini disusuli dengan sesi ramah mesra dan suai kenal bagi mengeratkan lagi kerjasama antara pelajar dan staf.
Tarikh Input: 05/05/2025 | Kemaskini: 05/05/2025 | noorbaiti

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia