
Serdang - 6 November 2025, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua penyelidik yang telah berjaya memperoleh Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) bagi tahun 2025.
Antara penerima FRGS kali ini ialah Prof. Madya Dr. Nor Khaizura Mahmud, Ketua Laboratori Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan, dengan nilai geran sebanyak RM135,200 dan Prof. Madya Dr. Rahidah Sukor, Penyelidik Bersekutu di Laboratori Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan, dengan nilai geran sebanyak RM162,800.


Kedua-dua penerima ini telah diraikan dalam Majlis Penyampaian Geran Penyelidikan Dana Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Tahun 2025, yang diadakan sempena Festival of Ideas pada 6 November 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Kejayaan ini mencerminkan kecemerlangan serta dedikasi para penyelidik dalam memperkukuh budaya penyelidikan berimpak tinggi dan menyumbang kepada pembangunan ilmu sejajar dengan aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi.
Warga Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) mengucapkan tahniah dan syabas atas pencapaian ini. Diharapkan geran yang diterima akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi menghasilkan penyelidikan yang inovatif, relevan serta memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.
Tahniah sekali lagi kepada semua penerima FRGS!
Tarikh Input: 21/11/2025 | Kemaskini: 21/11/2025 | azimahs

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia